Tuesday, May 6, 2008

keluarga zarah

Assalamualaikum..

kehadapan semua pembaca yang di sayangi.. hari ni aku memulakan penulisan blog aku kt studio. jam di dalam studio ni menunjukkan pukul 6.55 pagi.. aku x tido lagi.. buat painting dari semalam. sampai aku pun dh x tau nak letak kaler warna apa dh dalam painting aku.. kadang2 aku rasa bosan untuk membuat painting kerna aku dh nak muntah tnggok painting aku.. tapi aku yakin, para penghayat seni yang lain akan suka tngok painting aku.

td masa aku cat painting aku, aku telah menemui dengan sesuatu peristiwa. aku terfikir dan fikir. aku cuba lagi untuk memikir. dan akhirnya aku pikir lg. nak tau x apa bendanya......

aku cat painting aku warna oren gelap td. 1) masa aku mancuh kaler untuk dapatkan warna oren tu, aku amik kaler merah dan kuning. aku lebihkan warna merah untuk mendapatkan warna oren yang gelap. 2)aku amik berus pas tu aku cat pada surface kanvas.. 3)yang menjadi tanda tnya di sini, aku rasa masa aku cat td aku d memutuskan hubungan antara zarah2 dalam bancuhan warna tu. aku rasa setiap zarah mempunyai keluarga. contohnya keluarga dari cecair, gas dan pepejal.

jadi, masa aku sapu cat pada painting tu terdapat lebihan cat untuk aku sapu bahagian lain. untuk menunjukkan rasa kemanusiaan aku, aku terpaksa menyapu kesemua cat pada bahagian itu. aku harap zarah2 yang terdapat pada cat tu hidup dengan bahagianya di samping keluarga masing2. mood aku berali kepada tension selepas itu kerna aku terpaksa mancuh semula cat yang sama warna untuk menyapunya pada bahagian lain.. babi.. aku tertipu dengan keinginan aku untuk menjadi seorang yang educated. bastard.. cat cat cat..

bye..

Sunday, May 4, 2008

Bijaksanakah anda?

Assalamualaikum..

Aku harap hampa semua sihat la no... Hari ni aku nak bercerita pasai kebijaksanaan. Kebijaksanaan adalah anugerah Allah S.W.T yang bernilai. Berguna utk diri sendiri dan masyarakat. Aku percaya bahwasanya seseorang yang mempunyai kebijaksanaan tu mmg sejuk perut mak dia.

Pernah jugak aku terpikiaq.. sbnqnya bijaksana ni datang dari mana.. Kenapa ada orang A yang lebih bijaksana dari B? Aku pernah gak terpikiaq adakah aku ni tergolong dalam golongan orang A ataupun B. Mcm mana pulak kawan sekolah rendah aku nama dia Shah lebih bijak dari aku? Masa darjah enam kenapa dia masuk kelas biru ( kelas pandai) dan kenapa pula aku masuk kelas hijau (kelas pandai-pandai tidak). Tapi setelah aku berhitung dengan pemikiran ini, aku dapat pastikan ciri-ciri orang yang bijaksana.

Aku percaya bahawa orang yang bijaksana ni terjadi apabila keluarganya adalah golongan orang berada. Mcm Haris Abadi dan Haris Hafiz. Bapak dia pengarah risda. Mak dia cikgu. Aku ni anak "tok bond" (Polis Di Raja Malaysia) je. Aku juga mendapati bahawa orang yang bijaksana ni sebenaqnya adalah orang yang gemuk dan berkulit putih. Kalau gemuk tapi hitam tu tak tergolong dalam kumpulan bijaksana. Macam Salleh. Apatah lagi klu orang tu kurus, tinggi dan hitam mcm The black thief of Zombie- pulangkan enset yann..

Bagi aku, orang yang bijak mempunyai lebihan zink pada bulu di badannya. Ini boleh dilihat pada kilatan atau merelit pada rambutnya (semasa tidak memakai jel, wax, tanco, tantin dan minyak hijau). Aku juga percaya bahawa orang yang bijak mampu tidur selama 17 jam pada satu-satu masa dan beliau boleh bertahan selama 30 minit dalam jamban. Pengkajian aku tidak terbatas di situ sahaja, malahan aku percaya bahawa orang bijak tidak mempunyai deria geli akibat daripada lapisan zink yang melindungi bulu dan bulu berzink itu melindungi kulitnya.

Aku mendapati bahawa aku tidaklah tergolong dalam kumpulan yang bijaksana. Aku hanyalah golongan yang bijak-bijak tidak. Aku suka mempunyai sahabat yang bijaksana. Sebabnya, orang yang bijaksana ialah orang yang tidak terpesong dari jalan Allah S.W.T..

Kepada sesiapa yang membaca blog aku ni, nilai-nilailah diri anda. Adakah anda di golongan A atau B.

Wassalam..

Friday, May 2, 2008

try test tngok

haii..
samekom..
emmm.. aku rasa malu2 ckit nak tulis blog sbnqnya.. menurut haris abadi, menulis blog adalah satu perkara atau aktiviti yang menyeronokan.. betui ka??? aku try nak sign up blogspot mlm ni.. rupanya cm ni rasanya menulis blog.. dalam pada itu.. aku agak berasa berhati-hati untuk menulis blog kerna aku takut haris abadi balas dendam baca blog aku kuat-kuat semasa aku sedang menaip.. perasaan malu yang akan aku rasa (kalau haris dtg baca blog aku ni kuat-kuat) akan membuatkan aku di ketawa oleh samsudi dan rakan-rakan yang lain..

jadi, so, aku... ishhh x biasa la tulis blog.. ehhhmmmmm maluuuu..
k lah.. ni adalah utk permulaan.. aku akan terus menulis nnti ya...
bye..
wassalam..

pencuri.. pulangkan enset haris abadi..