Sunday, May 4, 2008

Bijaksanakah anda?

Assalamualaikum..

Aku harap hampa semua sihat la no... Hari ni aku nak bercerita pasai kebijaksanaan. Kebijaksanaan adalah anugerah Allah S.W.T yang bernilai. Berguna utk diri sendiri dan masyarakat. Aku percaya bahwasanya seseorang yang mempunyai kebijaksanaan tu mmg sejuk perut mak dia.

Pernah jugak aku terpikiaq.. sbnqnya bijaksana ni datang dari mana.. Kenapa ada orang A yang lebih bijaksana dari B? Aku pernah gak terpikiaq adakah aku ni tergolong dalam golongan orang A ataupun B. Mcm mana pulak kawan sekolah rendah aku nama dia Shah lebih bijak dari aku? Masa darjah enam kenapa dia masuk kelas biru ( kelas pandai) dan kenapa pula aku masuk kelas hijau (kelas pandai-pandai tidak). Tapi setelah aku berhitung dengan pemikiran ini, aku dapat pastikan ciri-ciri orang yang bijaksana.

Aku percaya bahawa orang yang bijaksana ni terjadi apabila keluarganya adalah golongan orang berada. Mcm Haris Abadi dan Haris Hafiz. Bapak dia pengarah risda. Mak dia cikgu. Aku ni anak "tok bond" (Polis Di Raja Malaysia) je. Aku juga mendapati bahawa orang yang bijaksana ni sebenaqnya adalah orang yang gemuk dan berkulit putih. Kalau gemuk tapi hitam tu tak tergolong dalam kumpulan bijaksana. Macam Salleh. Apatah lagi klu orang tu kurus, tinggi dan hitam mcm The black thief of Zombie- pulangkan enset yann..

Bagi aku, orang yang bijak mempunyai lebihan zink pada bulu di badannya. Ini boleh dilihat pada kilatan atau merelit pada rambutnya (semasa tidak memakai jel, wax, tanco, tantin dan minyak hijau). Aku juga percaya bahawa orang yang bijak mampu tidur selama 17 jam pada satu-satu masa dan beliau boleh bertahan selama 30 minit dalam jamban. Pengkajian aku tidak terbatas di situ sahaja, malahan aku percaya bahawa orang bijak tidak mempunyai deria geli akibat daripada lapisan zink yang melindungi bulu dan bulu berzink itu melindungi kulitnya.

Aku mendapati bahawa aku tidaklah tergolong dalam kumpulan yang bijaksana. Aku hanyalah golongan yang bijak-bijak tidak. Aku suka mempunyai sahabat yang bijaksana. Sebabnya, orang yang bijaksana ialah orang yang tidak terpesong dari jalan Allah S.W.T..

Kepada sesiapa yang membaca blog aku ni, nilai-nilailah diri anda. Adakah anda di golongan A atau B.

Wassalam..

1 comment:

durian! said...

shah kelas hijau pandai ke?